Saturday, December 17, 2011

Tambah Kerja Baru =)

Assalamualaikum =)

hari ini aku nak bercerita tentang satu lagi kerja yang baru dapat tadi. Iaitu menguruskan Topup Touch n Go bagi jawatan jusa C dan ke atas. Untungkan pegawai kanan ni..dah r macam2 elaun dapat. ni dapat plak touch n go RM500.00 sebulan.. bayangkan, RM500 tu.... orang yang baru kerja macam aku tentu berbeliak biji mata. huhu.... untung la..

yang kaya bertambah kaya... tp kan, cmne la orang yang mmbuat dasar ni.. mesti kat akhirat lama kena tanya...

Dunia kita ini sedang menambah jurang kekayaan antara yang miskin dan kaya.. kesan yang akan timbul dah xlama. tunggu je la masa.. semalam aku tengok 360 pasal orang gelandangan kat KL. walaupun ada kerja, dorang xde tempat berteduh sbb gaji RM850, tapi dok kat KL... sewa bilik pun dah bape ratus. Rasanya dorang kerja pun hanya untuk hidup.. nak beli kenderaan pun payah.. nak bayar tiap bulan, insurans, minyak, penyelenggaraan... mmg RM850 payah nak hidup kat KL zaman sekarang ni.

Moga cebisan kali ini akan memberi makna pada masa akan datang.. Insyaallah =)

Friday, August 26, 2011

Buka kat PICC

salam...
ehem, mlm tadi aku bukak pose kat PICC.. mmg ramai r..
kan best kalau aku pun ade kedai cmtu gak... millionaire r. bayangkan kalau satu kepala cas RM50.00
yang datang ade kot dalam 1000.. 50 x 1000 = rm50,000.00 tu tuk satu malam..WOWWW...
hehehe..angan2 tinggi betul r..
Kebanyakan aku tengok, yang banyak monopoli orang non-muslim.
tp dorang pandai. staff dorang mmg kebanyakan orang islam.
tu yang pelanggan xdapat nak bezakan which one kedai orang islam..
Orang zaman sekarang lain plak.. mane yang sedap, tu la yang dorang datang.
tp bagi yang menjaga, dorang prefer makan kat rumah je. masak sendiri.
makan air tangan bini je..
hehehhe
bestnye......
k la...just tu tuk harini =)

Wednesday, August 24, 2011

Pengalaman Ngeri...huhuhu

Hari ni xtau nape diriku begini.
pagi tadi masa nak pergi kerja, aku macam gopoh je...
masa kat traffic light, dari jauh aku dah nampak kuning..tp tah cmne aku slamber je jalan
huhuhu...
Gile kan???
time tu motor dari arah lain dah jalan...nasib baik x excident =(
bile dah lepas, aku tepikir, klau xcdent td cmne la....aku rase masa luar sedar je masa langgar lampu isyarat td =(
Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana aku selamat. AMIN...
Moga aku tak ulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang... Insyallah

Sunday, August 14, 2011

Pengalaman Berbuka 12Ogos 2011

Salam semua..

ni aku nak cite pengalaman best mase nak berbuka jumaat lepas.
mmg best r. plan nak buke kat restoren Saba' (nasi arab) kat cyberjaya. gerak dari ukm dalam 6.15 ptg.
sampai san dalam 6.40 ptg. kire xla jauh kan..sbb ktorang lalu jalan blakang. kalau lalu depan, mau kul 7 lbh baru smpai..
samapi je sana kitorang cr r meja tuk chop tuk buke..
tgh2 dok lepak, smpai mmber sorang g beli makanan, ternampak r bunting yg tulis bleh buke sec buffet kat sana. harga dlam rm40.00.. ingatkan ok bleh buke kat sana..
tp....la, ktorang je ke yang makan bungkus kat sana???? yg lain sume mkn sec buffet.
biar btol...huhuhu. x bleh jadi ni. cepat2 kitorang gerak cr port lain tuk buke....
pikir punye pikir, ktotang stuju buke kat masjid besi..
dah lewat ni....sempat ke buke kat sana..
sampai je kat msjd besi, sume dah buke..
yag ktorang plak baru kuar lif, trus lalu dpn dorang..malu je..
style sana, sume makan ringan dulu, kuih ngn kurma ngn minum air sikit
yang ktorang je buke ngn nasi arab.hehehe....
lambat gak nak abis kan...bilal dah komat..imam plak baca laju je,,,
mmg makan xcukup 40 kunyah r. =)
pas abis makan, cepat2 g amik wuduk kat bawah n berlari2 anak kejar rekaat,,,
semput gak r..dah r jauh tmpat wuduk.. tempat solat pun jauh kat depan nun....
sekian saje
salam...... =))

Tuesday, July 26, 2011

Hai Mus =)

salam...
musm bile hang nak berubah ek??
rase2 bile?????
ku rase mcm xnak berubah je
sbb skrang berada di zon selesa....
tp, sampai bile????
selesa sgt ke skrang ni??
xmau berubah ke? terpakse bersusah skt tum dapat yang lebih baik ????
hang pikir la elok2..
masa sentiase berlalu.... hang  dok tunggu2 je apsal??
bangunla wei....asyik dok tido je..
dah2....
BANGUN!    BANGUN!   BANGUN!!!!!!!!!!

Friday, March 25, 2011

Khutbah Jumaat

Tempat : Masjid Al-Istiqamah, Sg Merab Luar
Jam : 1.30 Ptg
Tajuk : Bahaya Rokok

Adakah ramai yang sedar bahawa rokok adalah haram sebagaimana fatwa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri selangor pada tahun 1995 dan juga fatwa Arab Saudi. Tetapi adakah rakyat kita sedar????
Sebelum fatwa ini dikeluarkan, telah banyak kajian yang terperinci telah dilakukan oleh Pihak Kementerian Kesihatan dan juga badan-badan lain untuk membukti bahaya akibat merokok.
Antara point-point lain khutbah jumaat tadi :
  1.  Pembaziran akibat rokok menyebabkan kekurangan nafkah kepada isteri dan anak2.
  2. Rokok mengandungi beratus-ratus bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser seperti ubat gegat, tar jalan, racun tikus dan banyak lagi.
  3. Asap rokok  membahayakan orang disekeliling seperti isteri dan anak-anak.
  4. Bahaya kepada isteri boleh menyebabkan kanser payudara dan kecacatan pada bayi yang dikandung.
  5. Untuk anak pula, bapa ini boleh memberikan masalah pernafasan dan juga pertumbuhan yang tidak normal.
  6. Siapakah golongan yang untung apabila jualan rokok semakin meningkat.
  7. Kerajaan membelanjakan lebih 20 billion setahun untuk merawat mereka yang sakit kesan dari rokok.
Sedarlah wahai pembaca sekalian, saat ini jugalah anda perlu membuat perubahan. yang tidak merokok bolehlah sampaikan kepada perokok tegar agar sama-sama mendapat manfaat. Insyaallah....
Wallahu A'alam....

Wednesday, March 9, 2011

Jom Jadi Baik

Rasanya belum terlambat untuk kita sama-sama berubah. Kita berubah untuk menjadi insan yang sentiasa sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T
Aku rasa azam ini dah banyak kali aku tanamkan..tapi.........bilakah ia akan menjadi sesuatu yang pasti.  Yang aku sendiri menjadi saksi untuk segala perbuatan yang dikerjakan..Aku tahu bahawa semua amalan akan ditayangkan di padang Mashyar kelak...Tp, adakah aku telah buat persediaan ???
Ya Allah..Bantulah hambamu ini yang lemah........

Monday, March 7, 2011

Something New...

salam semua.
ni aku nak kongsi something. tadi aku g mines  tuk jalan2...
aku nak cite time solat maghrib tadi...tgh2 solat, tetibe melangkah seorang pak arab, ngn selambe solat tepi imam...mak oi, dah r solat depan aku.mmg kalau nak sujud terpakse ke blakang skt. klau x, cium r kaki pak arab tu... mmg x khusyuk solat aku tadi.. mmg angin satu badan ngn pak arab ni... sunggug xde adab. patutnya, dah tau lambat, tunggu r jemaah seterusnya. ni tak, main redah je....
tp memang something yang aku xdapat lupekan ....tentu ade something di sebalik sesuatu kejadian.. cube fikirkan...

Monday, February 21, 2011

cube try...


Dear brothers and sisters
Open Microsoft Word and do the following:
1. Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers.
2. Highlight the Q33 NY.
3. Change the font size to 48.
4. Change the actual font to WINGDINGS
What do you think ?

cube, jgn xcube k...

kau tetap dalam anganku

Kau Tetap Dalam Angan Ku

Artist: Azie
 
Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang oh...
 
http://www.youtube.com/watch?v=EAQR0U8a1Hg

Friday, February 18, 2011

Potensi Diri

Salam semua...

Hari ini aku terfikir sesuatu. Sesuatu yang aku rasa aku perlu tingkatkan dari hari ke hari untuk menjadikan diri aku ini lebih mantap dan lebih kompeten. Cakap pasal kompeten, aku teringat kata-kata boss lama aku dulu "Kerja ni pun tak tahu ke?? Awak tak kompeten. Kalau rasa dah tak nak kerja kat sini lagi lebih baik berhenti!!" Pedih juga bila aku teringta kembali peristiwa itu.
      Tetapi....hari ini aku Insyaallah sudah menjadi lebih kompeten. Sebenarnya semua benda akan jadi senang apabila kita minat terhadap benda tersebut. Semua orang penah kena marah. Dan orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menahan kemarahannya.. So, orang yang jenis suka marah-marah ni adalah orang yang tidak kuat. Betulkan????
     So, untuk jadi orang yang kuat, aku kenala pandai untuk mengawal marah. kan kan kan.....
Tapi kita dibenarkan untuk marah dalam 3 perkara :
1) Berkaitan agama. Apabila agama kita dihina / diperkecilkan maka kita perlu marah dan mempertahankan agama kita.
2) Berkaitan maruah diri. Janganlah kita berdiam sahaja apabila maruah kita dipijak-pijak oleh musuh kita.
3) Berkaitan harta . Kita juga perlu marah dan bertindak apabila harta kita diambil secara zalim. Allahu Akbar...

     Semakin hari semakin mencabar hidup ini. Persaingan semakin kuat. Bagaimanalah nasib anak-anak kita pada masa akan datang? Dengan lambakan PATI yang tidak berkesudahan. Ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang tidak selari dengan lulusan yang diperolehi, maka mahasiswa masa kini perlu lebih berdaya saing dan multitasking serta boleh membuat perbagai kerja. Semoga negaraku di bawah lindungan redha Allah. Amin....

Tuesday, January 18, 2011

Pelajaran dan tanggungjawab

Assalamualaikum...

Setiap orang yang bekerja ada tanggungjawab masing2. Dan setiap tanggungjawab ini selalunya mengikut kemampuan masing2. Pada yang tidak mampu untuk memikulnya perlulah belajar untuk menanggungnya. Jika masih tidak mampu, dinasihatkan agar memberitahu dan berbincang dengan orang yang sepatutnya. Dan jika masih tidak mampu juga, perlulah mencari kerja lain yang lebih sesuai..hahahahaha...

Beruntunglah mereka yang mendapat "boss" yang boleh memahami masalah orang bawahannya. Ada jenis boss yang suka menengking, memarahi atau memerli pekerja yang lambat mahir atau "tidak kompiten". Bagi diriku yang telah memiliki lebih dari 3 boss, aku dapat "membaca" perangai masing2. Selalunya boss yang berjawatan tinggi lebih mementingkan kualiti pekerjanya. Bagi boss yang kurang tinggi pangkatnya akan lebih memahami dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pekerjanya. Dan aku lebih menyukai boss yang jenis ke2 ini...

Walaupun banyak tugas yang dipertanggungjawabkan, (berbanding kerja-kerja yang sebelumnya) aku kurang merasa tekanan kerana tekanan itu aku salurkan menjadi sesuatu yang pelbagai (macam tak faham je). Kalau disenaraikan,satu persatu mau penuh kertas 4A. =)

Rakan sekerja juga memainkan peranan yang penting. Di ofisku semua pekerja adalah lelaki kecuali satu. Aku merasa sangat selesa pekerja di sini. Sekarang ni aku sedang menyusun jadual untuk kursus2 yang perlu aku hadiri bagi menambah nilai dalam diri ini untuk menjadi seseorang yang multitasking. Suatu hari nanti aku ingin menjadi ketua yang boleh membuat kerja dari A sampai Z dan tidak terlalu mengharapkan orang lain untuk melakukan tugas..

Sampai di sini saja coretanku untuk malam ini..Insyaallah akan bersambung lagi..Semoga Allah sentiasa meredhai segala pekerjaanku.Amin...

Cerpen sedih..Doa untuk Intan

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.


"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat," beritahu pegawai itu lagi.


"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.


"Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.


"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.


"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.


"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."


"Betullah Pah oii...saya ni baru saja balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."


"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mahu juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.


"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.


"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak sajalah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.


"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang..."


"Dahlah...pergi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.
Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.


"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.


"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama saja. Balik ya...," balas Pak Uwei.


Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.


"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.


"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.


"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duduk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"


"Itulah abah, selalu nampak yang buruk saja. BUkan semua yang kerja kilang duduk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama saja, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham.


"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!"


"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya.


"Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka. Aku tak nak ambil tahu lagi!" Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.


"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.
"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.


"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.


"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru saja keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.


"Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan."


"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.


"Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.


"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.


"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis.


"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru saja keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham sajalah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.


"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."


"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.


"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.


"Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.


"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.


"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.


"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.


PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.


"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"


"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."


"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.


"Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.


Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.


"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."


"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.


"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak saja yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.


Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.


"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.


"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.


"Abah ni... ke situ pulak...."


"Habis tu?"


"Ini... kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamatsebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.


"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.


"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.


"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."


"Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.


"Hah... tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.


"Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.



MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.


"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.


"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"


"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."


"Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.


"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.



HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.


"Kenapa resah saja ni bang?" Mak Pah terjaga.


"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."


"Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.


Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.


"Mana yang lain ni, kamu berdua saja?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.


"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.


"Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa.


"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.


Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.


"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.


"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.


"Tapi abah rasa macam ada yang tak kena saja Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"


"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman.


"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.



SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.


"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.


"Sihat, cuma batuk-batuk saja sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.


"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.


"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.


"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.


"Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya.


"Kenapa Az...Kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.


"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.


Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.


"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.


"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.


"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.


"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia ajak kami balik sini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.


Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."


-----------------
blog zaujah (sakinahazzahra)

Wednesday, January 12, 2011

Meh baca Jurnal ni....

Assalamualaikum… To improve oneself is no easy task for an individual to do, especially when it requires time and effort to do so. It’s too easy to slip into a routine whereby the days pass us too quickly as we’re swallowed up by the hurried pace of life in Kuala Lumpur. However, I always felt unsatisfied with my state of life and always wished that something in my life would change so that I could attain happiness. All this time, I suppose I was waiting to have an epiphany of sorts to spur myself on. And in the most unexpected of ways, I did. On the 16th to 19th of December, I had the pleasure of attending HIJRI Camp in Sepang, Selangor. Held by STC and lead by Ustaz Hasrizal, the four-day camp certainly had a great impact on me. Truthfully, at first I didn’t want to go because my birthday was on the 17th of December, and at the time I much preferred to celebrate it with my friends and family in the comfort of my own home rather than slug in out in the ‘wilderness’ at camp with strangers who I didn’t even know.
BIRTHDAY
After much persuasion, especially by my eldest sister, I agreed to attend the camp, urging myself to be optimistic. The thought of celebrating my sixteenth birthday away from home for the first time in my life was a little melancholy. Being the youngest, I was used to being lavished with attention and gifts by my parents and elder siblings, and so I was reluctant to let that particular blessing go. However, thoughts of university life that awaited me in the near future reminded me that I had to be strong and independent to overcome the coming trials and tribulations of life. And so, I began my sixteenth year of life at camp, surrounded by other fellow muslimah that I’m proud to now call my friends. Recapping the entire camp experiences might be deemed too long a read, so I’ll just write about certain experiences that I wish to share with others. All in all, I’m very grateful I’m able to share four days of my life with my newfound friends; hopefully we’ll be able to meet again in the future. Who knows, perhaps next year at HIJRI Camp again, but as facilitators? That’s certainly something to think about.
PENGHULUWATI AND THE TOUCH OF AL-MARHUM MAS AFZAL MASARUDIN
I’m not a particularly social person, so it was quite a surprise to be elected Penghuluwati. Being a prefect in Sri Aman does teach us leadership skills after all and I was glad to be given the opportunity to lead. InsyaAllah my experience will make me a stronger, more capable person in the future. The first morning of my sixteenth year was met with some sad news. Ustaz Hasrizal sadly but calmly informed us that one of his past students had passed away. Almarhum Mas Afzal returned to Allah after battling cancer for several years. He played for us a video of Mas Afzal and at that moment, I felt my heart break as I gazed upon my fellow brother in Islam’s strength and determination to make the best of life. The tagline of the video was ‘Cancer is a word, not a sentence.’ MasyaAllah, that left such an impression upon me. While most of us whine and panic about the most trivial of things—upcoming examinations that we neglected to prepare for, boyfriend problems, etcetera—here is a person who has spent each day of his life striving to earn Allah’s love, not knowing whether he would live to see the next sunrise nor sunset. Ya Allah, how ignorant have I been… Returning home after the camp, I immediately checked upon his blog. Tears wouldn’t stop forming in my eyes as I read his entries; I’m not embarrassed to say that I cried my heart out. I never knew almarhum Mas Afzal personally, but after reading his writing, I was very touched by his inner strength and acceptance. His strength was truly beautiful. Even during his last moments on Allah’s earth, he was as strong as could be. His acceptance of his illness and his love for Allah motivates me to be a better Muslimah… Although unfortunately I’ll never have the chance to thank him for making me realize the importance of life, I wish to offer my prayers and alfatihah for my brother in Islam. May Allah accept Mas Afzal as one of the righteous and place him in Jannah in the hereafter.
POSITIVE REINFORCEMENT
Hijri camp was honestly unlike any other camp that I had attended–its relaxed, encouraging atmosphere was one thing, its creative programmes was another. The main focus of the camp was ‘HIJRAH’, whereby each of the four programmes centered on a different aspect of hijrah–Self-confidence, Emotions, Love and Affection. The programme that I could relate to the most was Love and Affection. I was struck by how true Ustaz Hasrizal’s words were–all parents love their children, but each child preferred and looked for a certain way of love: touches of affection, spoken assurance, spending time together, receiving gifts or receiving acts of service. After taking the test that he gave, I realized that I secretly clamoured for my parents’ assurance more than anything: underneath the facade I wore, I was always insecure of myself and uncertain of my abilities. At the end of the camp, Ustaz Hasrizal explained to the parents the importance of showing their children the right way of love in order to connect and be appreciated by their children.  I’m glad to say that my parents have now understood my needs and have made an effort in strengthen our relationship. I might not agree with everything my parents wish for me, but I know that they wish nothing less but the best for me. After the camp, my parents and I sat down and talked about how we could improve our relationship and aired some issues that were still unresolved between us. At the end of the conversation, my mother hugged me and told me how proud she was of me. I was touched so deeply by her words. And… I was proud of myself for making my mother proud. My experiences at camp really opened my eyes to what I was missing in life. My life was hectic, filled with school activities and issues that I thought were of vital importance. Rarely did I feel satisfied nor happy nor pleased with myself. Praying to Allah became more of an obligation as a Muslim rather than a profound connection between myself and my Creator, He who gives me life, takes it away and everything else in between. This particular realization hit me after I heard the story of Rabiatul Adawiyah. Told by one of my facilitators, KakAsna, Rabiatul Adawiyah is a noble woman of Islam who has since been an inspiration to me. Her doa’ to God Almighty read: “Ya Allah, should I pray to you in order to receive your Jannah, then send me to the deepest depth of hell.” At that moment, time stopped for me. Tears welled up in my eyes, as did most of us after hearing that noble tale. It astounded me… How strong her love for Allah was, how truly beautiful and pure her devotion towards our creator.
INTROSPECTION
It struck a chord deep in me and at that very second I was so deeply ashamed. Ashamed of myself for praying to Allah just to fulfill my obligation as a Muslim. Ashamed of myself for praying somewhat half-heartedly at times, mind on other matters. Ashamed of myself for not realizing the sweetness of pure iman. Ashamed of myself for ultimately praying my way to reside in His Jannah, when in reality I had done little to deserve such a precious reward. The realization truly opened my eyes towards all my past ignorance… So foolish was I to deny myself such a beautiful connection with my Creator; when Allah had clearly stated that our reason for living is nothing but to worship him. Returning from HIJRI Camp, I did a lot of thinking. All throughout my life, I’ve not liked myself as a person. I felt as though I had accomplished nothing of importance in my life, and mediocrity was one trait that I would not accept of myself. However, I’ve come to realize something that I wish to define myself as a person. I may not be the cleverest girl around nor the prettiest. However, if I could say that I did my best to be the best Muslimah I could be, then I finally can look in the mirror and like the person that I see reflected in the glass. InsyaAllah, may my experiences at HIJRI Camp make me a better Muslimah and a better servant of Allah…
Dengan catatan ini, adik Sharifah Hani Yasmin dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Jurnal Diri KEM HIJRI 1432.

Fail Meja

Hari ini aku dapat tugas baru.aku akan menggalas tugas kerani yang akan bertukar ke unit lain.
Kerani ni agak serior, so, banyak juga tugas yang bakal ak pikul. Disebabkab kepercayaan bos yang tinggi pada diriku menyebabkan aku dipilh.

Untuk pengetahuan korang, unit aku ni dah boleh jadi bahagian sebab mempunyai kakitangan hampir 80. Dulu semasa di Putrajaya, Bahagian aku pun kakitangan tak sampai 80. Ni sekarang unit je, tapi kakitangan dan ramai sangat.So, aku cadangkan unit aku ni dinaik taraf jadi bahagian la...

Apa-apa pun. moga2 aku dapat menjalankan tugas dengan baik

Tuesday, January 4, 2011

UKM

Ni hari ke2 aku kerja kat ukm...
mmg agak sunyi sebab boss xde, cuti emergency. aku xtau nak buat ape.... internet plak slow je sebab pakai wireless.. So,aku habiskan masa dengan membaca buku "Rindu Bau Pohon Tin" tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil..Buku ni banyak menceritakan pengalaman die belajar kat Jordan.. Insaf gak aku baca buku ni... Mane taknye...Orang kat Jordan mandi 3,4 hari sekali je... Kalau aku, boleh ke?? Aku kat sini mandi 3,4 kali sehari..memang jauh beza.. Pasti dorang mandi just 2 liter air je..kita kat malaysia??/ mau 20 liter ade la...Tapi bab wuduk lagi r..secawan air dah memadai.huhu.... k la....nanti2 aku sambung cite agi pasal buku ni... korang yang ade masa lapang bleh r baca tuk keinsafan... salam..