Friday, March 25, 2011

Khutbah Jumaat

Tempat : Masjid Al-Istiqamah, Sg Merab Luar
Jam : 1.30 Ptg
Tajuk : Bahaya Rokok

Adakah ramai yang sedar bahawa rokok adalah haram sebagaimana fatwa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri selangor pada tahun 1995 dan juga fatwa Arab Saudi. Tetapi adakah rakyat kita sedar????
Sebelum fatwa ini dikeluarkan, telah banyak kajian yang terperinci telah dilakukan oleh Pihak Kementerian Kesihatan dan juga badan-badan lain untuk membukti bahaya akibat merokok.
Antara point-point lain khutbah jumaat tadi :
  1.  Pembaziran akibat rokok menyebabkan kekurangan nafkah kepada isteri dan anak2.
  2. Rokok mengandungi beratus-ratus bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser seperti ubat gegat, tar jalan, racun tikus dan banyak lagi.
  3. Asap rokok  membahayakan orang disekeliling seperti isteri dan anak-anak.
  4. Bahaya kepada isteri boleh menyebabkan kanser payudara dan kecacatan pada bayi yang dikandung.
  5. Untuk anak pula, bapa ini boleh memberikan masalah pernafasan dan juga pertumbuhan yang tidak normal.
  6. Siapakah golongan yang untung apabila jualan rokok semakin meningkat.
  7. Kerajaan membelanjakan lebih 20 billion setahun untuk merawat mereka yang sakit kesan dari rokok.
Sedarlah wahai pembaca sekalian, saat ini jugalah anda perlu membuat perubahan. yang tidak merokok bolehlah sampaikan kepada perokok tegar agar sama-sama mendapat manfaat. Insyaallah....
Wallahu A'alam....

1 comment:

  1. btl...ak sokong....tp susah dh nk jmp lelaki y x merokok skunk....walaupun diorg tau bahaya merokok ni....tp still lg merokok. bleh plk y xpnh merokok nk cube plk merokok.....ak pn xphm.....bleh plk org y merokok ni ckp kalo dpt hisap rokok bleh hilang stess....yeke.....bg ak xkot....sebnrnya bnyk bende lain bleh wt dr merokok.....btl x????
    i dont like smoker.....

    ReplyDelete