Friday, March 25, 2011

Khutbah Jumaat

Tempat : Masjid Al-Istiqamah, Sg Merab Luar
Jam : 1.30 Ptg
Tajuk : Bahaya Rokok

Adakah ramai yang sedar bahawa rokok adalah haram sebagaimana fatwa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri selangor pada tahun 1995 dan juga fatwa Arab Saudi. Tetapi adakah rakyat kita sedar????
Sebelum fatwa ini dikeluarkan, telah banyak kajian yang terperinci telah dilakukan oleh Pihak Kementerian Kesihatan dan juga badan-badan lain untuk membukti bahaya akibat merokok.
Antara point-point lain khutbah jumaat tadi :
  1.  Pembaziran akibat rokok menyebabkan kekurangan nafkah kepada isteri dan anak2.
  2. Rokok mengandungi beratus-ratus bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser seperti ubat gegat, tar jalan, racun tikus dan banyak lagi.
  3. Asap rokok  membahayakan orang disekeliling seperti isteri dan anak-anak.
  4. Bahaya kepada isteri boleh menyebabkan kanser payudara dan kecacatan pada bayi yang dikandung.
  5. Untuk anak pula, bapa ini boleh memberikan masalah pernafasan dan juga pertumbuhan yang tidak normal.
  6. Siapakah golongan yang untung apabila jualan rokok semakin meningkat.
  7. Kerajaan membelanjakan lebih 20 billion setahun untuk merawat mereka yang sakit kesan dari rokok.
Sedarlah wahai pembaca sekalian, saat ini jugalah anda perlu membuat perubahan. yang tidak merokok bolehlah sampaikan kepada perokok tegar agar sama-sama mendapat manfaat. Insyaallah....
Wallahu A'alam....

Wednesday, March 9, 2011

Jom Jadi Baik

Rasanya belum terlambat untuk kita sama-sama berubah. Kita berubah untuk menjadi insan yang sentiasa sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T
Aku rasa azam ini dah banyak kali aku tanamkan..tapi.........bilakah ia akan menjadi sesuatu yang pasti.  Yang aku sendiri menjadi saksi untuk segala perbuatan yang dikerjakan..Aku tahu bahawa semua amalan akan ditayangkan di padang Mashyar kelak...Tp, adakah aku telah buat persediaan ???
Ya Allah..Bantulah hambamu ini yang lemah........

Monday, March 7, 2011

Something New...

salam semua.
ni aku nak kongsi something. tadi aku g mines  tuk jalan2...
aku nak cite time solat maghrib tadi...tgh2 solat, tetibe melangkah seorang pak arab, ngn selambe solat tepi imam...mak oi, dah r solat depan aku.mmg kalau nak sujud terpakse ke blakang skt. klau x, cium r kaki pak arab tu... mmg x khusyuk solat aku tadi.. mmg angin satu badan ngn pak arab ni... sunggug xde adab. patutnya, dah tau lambat, tunggu r jemaah seterusnya. ni tak, main redah je....
tp memang something yang aku xdapat lupekan ....tentu ade something di sebalik sesuatu kejadian.. cube fikirkan...