Tuesday, January 18, 2011

Pelajaran dan tanggungjawab

Assalamualaikum...

Setiap orang yang bekerja ada tanggungjawab masing2. Dan setiap tanggungjawab ini selalunya mengikut kemampuan masing2. Pada yang tidak mampu untuk memikulnya perlulah belajar untuk menanggungnya. Jika masih tidak mampu, dinasihatkan agar memberitahu dan berbincang dengan orang yang sepatutnya. Dan jika masih tidak mampu juga, perlulah mencari kerja lain yang lebih sesuai..hahahahaha...

Beruntunglah mereka yang mendapat "boss" yang boleh memahami masalah orang bawahannya. Ada jenis boss yang suka menengking, memarahi atau memerli pekerja yang lambat mahir atau "tidak kompiten". Bagi diriku yang telah memiliki lebih dari 3 boss, aku dapat "membaca" perangai masing2. Selalunya boss yang berjawatan tinggi lebih mementingkan kualiti pekerjanya. Bagi boss yang kurang tinggi pangkatnya akan lebih memahami dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pekerjanya. Dan aku lebih menyukai boss yang jenis ke2 ini...

Walaupun banyak tugas yang dipertanggungjawabkan, (berbanding kerja-kerja yang sebelumnya) aku kurang merasa tekanan kerana tekanan itu aku salurkan menjadi sesuatu yang pelbagai (macam tak faham je). Kalau disenaraikan,satu persatu mau penuh kertas 4A. =)

Rakan sekerja juga memainkan peranan yang penting. Di ofisku semua pekerja adalah lelaki kecuali satu. Aku merasa sangat selesa pekerja di sini. Sekarang ni aku sedang menyusun jadual untuk kursus2 yang perlu aku hadiri bagi menambah nilai dalam diri ini untuk menjadi seseorang yang multitasking. Suatu hari nanti aku ingin menjadi ketua yang boleh membuat kerja dari A sampai Z dan tidak terlalu mengharapkan orang lain untuk melakukan tugas..

Sampai di sini saja coretanku untuk malam ini..Insyaallah akan bersambung lagi..Semoga Allah sentiasa meredhai segala pekerjaanku.Amin...

1 comment:

  1. amin....setakat ni ak xpenah lg jmp kerja y sng. sume ssh...and ini semua bergantung mcm mane kite handle. lg pn keseronokan kerja ni based on enviroment n boss kite. kalo enviroment kite best n dpt plk boss y sporting lg la best. so, all d best la utk ko. semoga impian ko utk jd boss someday will happen.....AMIN....

    ReplyDelete